Kaki Hasut !

Assalamualaikum .

Holaaa . :)

Elakkan berkawan dengan seseorang yang 'kaki hasut' nie . Suka perandakan hidup orang malah sanggup berpecah belah dengan orang lain . Sungguh busuk hati 'kaki hasut' nie kan . 
Meh baca panduan nie meh :p :

  1. Orang macam nie memang suka buat orang lain bertambah marah , suka tambah gula , suka tambah garam . Eh eh mcm memasak pulak . hihi . Kalau korang tengah marah kat kawan korang , orang macam nie akan mengapi apikan lagi sampai tahap korang rasa nak meletup , dan menokok tambahkan cerita .
  2. Suke mempengaruhi korang supaya korang bermusuhan dengan orang lain . Tukang hasut nie suke meghasut seseorang agar korang membenci antara satu sama lain tanpa sebab . Sampailah korang bermusuh dengan kawan kawan korang yang selama ini begitu baik dan rapat .
  3. Suke membesarkan masalah menjadi satu masalah besar . Nak kontroversi lettew :p
  4. Suke menjatuhkan orang lain dengan pelbagai cara . Suke menyebarkan gosip gosip palsu sehingga keadaan menjadi tidak aman .
  5. Terlalu pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan dan perasaan orang lain . Orang macam nie akan buat apa saja asalkan dia dapat apa yang dia inginkan .
  6. Seorang yang peramah dan berkeyakinan tinggi dalam berkomunikasi .

Faktornya pula :

  1. Dibesarkan dalam lingkungan penuh konflik
  2. Kurang kasih sayang daripada keluarga dan kawan kawan
  3. Perasaan iri hati kerana melihat orang lain lebih berjaya
  4. Nakkan perhatian
  5. Tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri 
  6. Emosi tak stabil
  7. Dendam yang tak berbalas 

Haa ! ade ke dikalangan kawan kawan korang macam nie . Sedih kan . Niat berkawan tu biarlah ikhlas . Jangan suke jadi 'kaki hasut' nie . Memecah belahkan hubungan sesama manusia . Allah tak suke orang yang sebegini :) . 

Fikir Fikirkanlah :) . hihi .